Tuesday, August 12, 2008

Kelas tambahan UPSR dan Borang Sekolah Menengah

Pengumuman berikut ini adalah dari Cikgu Azizah Mahmud...terimakasih kerana mengunjungi blog ini.

Assalamualaikum,

Kelas tambahan UPSR akan diadakan semasa cuti persekolahan
Tarikh : 16,18,19 dan 20 Ogos 2008
Tempat : Kelas Tahun 6
Masa : 8.00 pagi hingga 12.20 tgh


Penempatan Murid Ke Sekolah Menengah:
Penempatan murid ke sekolah menengah dibuka sekarang. Borang telah diedarkan kepada semua murid tahun 6. Ibu bapa sila isikan borang tersebut dan kembalikan kepada pihak sekolah sebelum atau pada 15 Ogos 2008. Maklumat lanjut sila hubungi pihak sekolah.

6 comments:

Famy said...

Salam semua

Thanks for the information with regards to SMK and Sek/Kelas Kawalan. Just wondering when the form for SBP or MRSM is coming out. Please inform us Ok. Thank you in advance.

BTW, I heard from my friend in Sek Tunku Kurshiah, the school must submit the students name first in order for the SBP(s) to choose the students, is it true.
So can Pn Guru besar or the teacher-in charge give the names of those who are interested? Thanks again.

Regards
Faridah Aryani

zaa said...

Assalamualaikum salam sejahtera

Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) akan dimaklumkan kepada murid setelah pihak sekolah mendapat taklimat daripada Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur (JPWP)

MRSM-
Sila rujuk pejabat MARA Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur atau siaran akhbar tempatan.
Kebiasaannya borang akan dikeluarkan serentak dengan keputusan UPSR.

Tq

puteri said...

Selamat......kepada semua .
Kepada semua calon UPSR ,
Sudah berapa peratuskah anda bersedia menghadapi UPSR ?Bagaimanakah pula dengan ibu bapanya? Belum lagi dengan guru-gurunya . Anyway , all the best .

zaa said...

Salam sejahtera

Harap semua calon dah bersedia. Buat latih tubi. Dapatkan bahan terkini dipasaran. Jangan lalai walau sesaat.

Ibu bapa pantau dan bimbingan anak-anak.Berkorban untuk 3 minggu lagi!!!!!!

Guru-guru beri semangat untuk yakinkan bahawa kejayaan milik semua yang berusaha.

Berusaha Berdoa Bertawakal Berjaya Insyaallah

puteri said...

Salam sejahtera ....
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-51MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Kepada semua calon UPSR 2008 .
Semoga kalian dapat menjawab soalan dengan gemilang , cemerlang dan terbilang .
Jangan temberang sudah la ....
Tidak lupa juga "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN" .
Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa , terlanjur bicara sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini . Jumpa lagi........

puteri said...

Sejahtera...
Borang ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sedang diuruskan oleh guru-guru kelas tahun 6 .Seramai 60 orang murid telah dicalonkan berdasarkan reputasi dan pencapaian peperiksaan percubaan UPSR .Kepada para ibu bapa segerakan SALINAN yang berikut :
1 Sijil lahir anak
2 Slip gaji
3 Kad pengenalan ibu bapa
4 Sijil